Translate..

Jumaat, 25 Februari 2011

Qada dan Qadar telah ditentukan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama aku nak post cerita nih....hari Selasa lalu melihat Bersamamu di TV3, cukup menggetarkan hati aku...melihat seorang kanak-kanak yang diuji Allah dengan penyakit genetik saraf. Keadaannya cukup menyayat hati. Masalah tidak dapat menyerap kalsium dan potasium menyebabkan tubuhnya terbantut sedangkan beliau telah berumur 11 tahun. Tulangnya seperti berpintal menyukarkan pergerakannya. Sedikit kesilapan pergerakan akan menyebabkan tulangnya patah. SubhanaAllah....sesungguhnya ibunya wanita yang tabah...membelai tanpa jemu penuh kasih sayang anak yang terlantar.. Ya Allah, mengalir air mata ini melihat ciptaan Allah SWT. Menyedarkan aku ramai lagi insan diluar sana yang memerlukan bantuan. Sekurang-kurangnya doa berjuta rakyat Malaysia akan membantu mengurangkan beban kesakitan yang ditanggung oleh adik tersebut.
Tapi masih ada lagi manusia yang tergamak mendera kanak-kanak, membunuh mereka, buang bayi merata-rata. Allah sahajalah yang membalas perbuatan mereka. Perbuatan tanpa peri kemanusiaan seperti itu memang sepatutnya tiada pengampunan di muka bumi ini. Aku mungkin sedikit emo....aku seorang ibu...aku tak tahu bagaimana seorang ibu yang telah melahirkan anaknya sanggup pula nak mencederakan apatah lagi meletakkan bayi yang telah dilahirkan olehnya sendiri dimerata tempat...Sedangkan masih ramai ibu bapa diluar sana sedang tunduk sujud dan berdoa kepada Allah agar mengurniakan mereka zuriat...tetapi bagi mereka yang mudah mendapat zuriat ini pula dengan rela hati menganiaya zuriat sendiri...Mungkin mereka ada sebab tersendiri..tapi pada pendapat aku..walaubagaimana keadaan sekalipun..selagi mereka ini masih waras....usahlah menganiaya amanah Tuhan ini....Mereka di izinkan Tuhan untuk lahir kedunia...untuk dibesarkan didunia...berilah mereka kesempatan kerana Allah sendiri telah mengizinkannya. Siapalah kita manusia kerdil yang sewenang-wenangnya menyentap kehidupan kanak-kanak kecil seperti mereka. Semoga Allah menyedarkan mereka.....memberi hidayah, agar mereka kembali kejalan yang lurus..AMIN.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan