Translate..

Apakah itu Kolostrum?

Kolostrum dan Kebaikannya ?
Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya
dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu
mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.
Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru:
immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain
unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang
memudaratkan dari persekitaran.
Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan
kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia. Hanya baru-baru ini, ditemui bahawa
kolostrum dari lembu tenusu didapati dapat memberi manafaat kesihatan kepada umat manusia
dalam pelbagai cara.
Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut
dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri
sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga
yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari
sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik
seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari.
Kenapa setiap orang mendapat sakit ?


Anda secara umumnya terdedah kepada jutaan serangan mikrob seperti virus, bakteria, yist,
parasit yang sentiasa mencari peluang untuk berkembang biak dan menguasai badan anda.
Satu-satunya cara untuk membendungnya hanyalah dengan memperkasakan sistem imun
anda iaitu melalui pengambilan kolostrum.Kolostrum terbukti sebagai 'Penyembuh Semulajadi
yang Ajaib' mengikut doktor perubatan terkemuka - Donald Henderson. Penyelidikan Perubatan
membuktikan bahawa kolostrum adalah nutrien pelengkap yang dapat membantu dalam
penyembuhan dan pencegahan sesuatu penyakit.
Apa perlunya sebagai manusia dewasa untuk mengambil kolostrum ?
Penyelidikan telah membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah melewati tahap dewasa,
badan kita beransur-ansur menghasilkan kurang imun yang berfungsi menolong badan
menentang penyakit dan membaik pulih tisu badan yang rosak. Dengan terjejasnya elemen
penting ini, badan kita akan menjadi tua, uzur dan seterusnya mati. Faktor ini juga dipengaruhi
oleh unsur persekitaran hari ini seperti pendedahan kepada toksik dari udara yang kita sedut,
makanan yang kita makan dan tempat yang kita tinggal sedangkan semakin hari keperluan
nutrien badan kita kian berkurangan atau hilang.
Kolostrum adalah jawapan kepada satu-satunya unsur semulajadi yang di anugerahkan Allah
untuk sesebuah kehidupan secara mengekalkan faktor imun dan pertumbuhannya. Hasil
penyelidikan telah membuktikan bahawa kolostrum berupaya membunuh bakteria, virus
penceroboh, merangsang pemulihan tisu rosak, merangsang pembakaran dan penggunaan
tenaga lemak dan menggalakkan anti-penuaan. Tiada lagi unsur semulajadi diatas planet bumi
ini yang mampu menawarkan manafa'at sebaik ini. Insya'allah.
Apakah yang Alpha Lipid tawarkan dari produk kolostrum mereka ?
Terlampau banyak untuk disenaraikan disini. New Image New Zealand memang terkenal dalam
penghasilan kolostrum dari Gred Tertinggi Dunia, iaitu GRED 10. Mereka telah menambah
salutan yang unik ( ALPHA LIPID ) yang diperbuat dari tambahan lipid kompleks yang
menjadikanya kolostrum paling berkesan terdapat di dunia.
Anti-oksidan yang luar biasa - Kolostrum keluaran New Image begitu kaya dengan
Glutathione, iaitu anti-oksidan yang amat ampuh. Anti oksidan memainkan peranan dalam
pencegahan penyakit, dengan mencari dan memungut radikal bebas penyebab penyakit serta
membaik pulih otot dan tisu yang rosak dan keradangan.


Kesihatan dan Penjagaan Usus - Kolostrum memang terbukti cemerlang dalam
penyembuhan usus yang rosak dan mencegah dari kerosakan yang berterusan. Faktor imun
dan Prebiotics dalam kolostrum menolong menstabilkan usus iaitu dengan menggalakkan
pembiakan bakteria yang berfaedah dan memusnahkan pula bakteria yang merbahaya.
Ternyata USUS adalah KUNCI kepada kesihatan anda dan usus yang sihat adalah senjata
pertahanan berkesan menentang penyakit.
Mempertingkatkan Fungsi Otak - Phospholipids, iaitu salah satu komponen dalam ALPHA
LIPID, membantu menambah fungsi otak dan ianya berkait dengan memperbaiki keupayaan
memori. Sila rujuk testimoni berkaitan dengan makanan
minda .
Terdapat banyak contoh yang menunjukkan ianya dapat menaikkan 'mood' dan meredakan
simptom tekanan seseorang.

Adakah anda mengalami simptom-simptom seperti berikut?     
Sering merasa letih, lesu dan kurang stamina      
Sering dijangkiti selesema, sakit tekak dan demam     
 
Lambat sembuh dari jangkitan penyakit.     

 
Mudah marah dan stress      
Mudah sakit sendi      
Masalah perut atau pencernaan             
Mengalami alahan dan masalah pernafasan      
Masalah berat badan      
Keadaan kulit yang tidak sihat.      
Rambut tidak bermaya dan mudah gugur      
Masalah memberikan tumpuan


Ini bermakna tubuh badan anda sedang mengalami proses
penuaan

Sudah mencuba pelbagai jenis vitamin tambahan tetapi masih lagi tidak berubah?  Mengapa tidak mencuba Alpha Lipid Lifeline?  Ia mengandungi kolostrum yang kaya dengan antibodi, antioksidan, vitamin, mineral dan agen pertumbuhan.  Semua ini merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat.

Setiap dari kita pasti akan tua, cuma yang membezakannya ialah lambat atau cepat proses penuaan itu berlaku.  Tahap kesihatan mempunyai pengaruh terhadap proses penuaan . 
Badan kita menjadi cepat berumur dan tua disebabkan banyak organ tidak berfungsi dengan baik akibat dari  kehadiran penyakit.  Penyakit-penyakit ini berpunca dari serangan bakteria, virus dan radikal bebas.  Apabila organ gagal berfungsi, bermakna banyak aktiviti sel terganggu.  Jika penyakit tidak dirawat, proses penuaan boleh berlaku lebih cepat dan berakhir dengan kerosakan sel serius atau kematian.  Badan kita akan lebih cepat tua jika dipengaruhi masalah kesihatan kronik. 

Apabila usia kita meningkat, badan menjadi semakin lambat menghasilkan antibodi yang turut menjejaskan sistem imun badan.  Apabila antibodi dan sistem imun badan yang bertindak sebagai penghalang serangan-serangan bakteria, virus dan radikal bebas menjadi kurang dan semakin lemah, tubuh badan akan mudah mendapat penyakit dan mempercepatkan proses penuaan.  Alpha Lipid Lifeline mengandungi antibodi yang mampu mencegah sel-sel dan tisu-tisu badan dari diserang bakteria, virus dan radikal bebas.

Memang benar kita tidak boleh mengelak penuaan dari berlaku, tetapi kita boleh mengubah tahap kualiti kesihatan dan kehidupan kita.  Pakar perubatan hari ini tidak lagi menakrifkan tua berdasarkan umur biologi(angka) tetapi lebih melihat kepada tahap kesihatan seseorang. Seorang yang berusia 50 tahun yang mempunyai badan yang sihat sebenarnya lebih muda daripada orang yang berumur 30 tahun tetapi menghidap pelbagai penyakit. 

Peningkatan umur akan mengubah banyak struktur dalaman, termasuk ketumpatan tulang, keanjalan dan kekuatan otot. Bagi memastikan badan mendapat khasiat yang mencukupi, pemakanan seimbang adalah jawapannya.  Namun begitu disebabkan gaya hidup dan kekangan masa, penyediaan sajian makanan seimbang setiap hari merupakan satu cabaran.  Alpha Lipid Lifeline merupakan makanan tambahan yang kaya dengan khasiat.  Ia bukannya ubat.  Ubat hanya bertindak sebagai penahan sakit.

Tidak dinafikan kita mempunyai banyak pilihan vitamin tambahan di luar sana, tetapi sebagai pengguna biarlah pembelian tersebut memberikan manfaat kesihatan yang optimum agar wang yang dibelanjakan tidak menjadi sia-sia.  Alpha Lipid Lifeline adalah satu pelaburan kesihatan yang mampu mengubah gaya kesihatan dan kehidupan anda kerana ia sememangnya berkesan.  Badan yang sihat memberikan anda kebebasan untuk bergaul dengan masyarakat, dapat meningkatkan produktiviti dan menjamin kestabilan ekonomi keluarga.
Justeru itu, cubalah Alpha Lipid Lifeline dari New Image International. Ramai telah mencuba dan berpuashati dengan keberkesanannya.