Translate..

Sabtu, 16 Julai 2011

APNEA

APNEA tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA) merupakan satu masalah nafas terhenti antara 10 hingga 60 saat setiap kali, sehingga 400 kali setiap malam. Penghidap OSA juga mungkin akan beberapa kali terjaga secara tidak sedar setiap malam akibat tidak dapat bernafas.
Mereka juga selalunya berada dalam keadaan separa sedar dan biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam. Bunyi dengkur penghidap OSA akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti (saluran pernafasan tertutup).
Halangan bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.
Tidur
Banyak kajian telah menunjukkan bahaya gangguan tidur sedangkan manusia memerlukan antara tujuh ke lapan jam tidur lena setiap hari. Dari kemalangan jalan raya, sehinggalah kepada bermacam penyakit lain telahpun dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur yang kronik (berlarutan).
Kekurangan masa dan kualiti tidur dikatakan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan bermacam penyakit lagi. Kualiti tidur juga kini semakin banyak menerima perhatian penyelidik kerana dikhuatiri menjejaskan hidup lebih banyak penduduk dunia berbanding kurang tidur (insomnia).
Penghidap OSA merupakan antara individu yang paling sukar mendapat tidur lena, bukan sekadar beberapa jam atau hari, tetapi berlarutan sehingga berbulan atau bertahun lamanya. Mereka yang menghidap OSA kebiasaannya berasa letih selepas bangun tidur, berasa sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.
Kekurangan oksigen, terutamanya ke otak bukan sahaja boleh membawa kepada masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan. Oleh itu, umum perlu memahami bahawa kitaran tidur, dengkur dan OSA ini amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.
Kajian
Pakar Sains Neuro (saraf) Universiti Bandar New York, Dr. William Fishbein menjelaskan terdapat juga kaitan antara tempoh dan kualiti tidur dengan daya ingatan seseorang. Tahap 'tidur gelombang perlahan' iaitu tahap tidur yang nyenyak, sebelum seseorang mencapai tahap tidur bermimpi (tahap REM), dikatakan mungkin memainkan peranan penting dalam membantu kita menyelesaikan masalah.
"Mungkin otak manusia terus bekerja dalam tahap gelombang perlahan ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menimbulkan idea-idea penyelesaian baru (yang tidak difikirkan sebelum tidur)," katanya.
Kajian yang dijalankan Dr. Fishbein mendapati sukarelawan yang hanya tidur pada tahap gelombang perlahan dan tidak bermimpi (tahap REM) secara automatik lebih cekap mengenali huruf-huruf tulisan Cina.
Kumpulan berkenaan dibiarkan tidur (tahap gelombang perlahan) selama 90 minit sahaja tetapi cuma 12 minit tidur pada tahap tersebut didakwa sudah cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan.
Penyelidik dari Universiti California, Los Angeles pula mendapati gangguan tidur, sama ada akibat bunyi luar, kesan usia, dengkuran pasangan tidur mahupun OSA akan menjejaskan daya ingatan untuk berminggu-minggu lamanya.

PENGGUNAAN alat CPAP dikatakan kurang selesa kerana ia memaksa oksigen masuk ke dalam paru-paru.

"Gangguan tidur boleh menghalang pembentukan sel baru di dalam bahagian memori otak (hippocampus).
"Ini cukup untuk mengganggu keupayaan seseorang mempelajari sesuatu yang baru, sehingga beberapa minggu lamanya selepas kualiti tidur kembali normal," jelas Dr. Dennis McGinty dari universiti tersebut.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) juga menggambarkan tidak cukup atau kurang kualiti tidur sebagai satu masalah kesihatan umum yang kurang diperakui.
Tambahan pula, kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47 peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.
Bagi seseorang yang sudah membiasakan diri, mungkin tidur yang nyenyak selama empat jam setiap hari sudah mencukupi.
Namun, kebanyakan pakar bersetuju gangguan seperti OSA atau mana-mana tahap apnea tidur (gangguan aliran udara), gangguan luar (dengkur pasangan) dan kekangan masa tidur perlu ditangani segera bagi mengekalkan kualiti tidur.
Turut ditekan supaya mengelak amalan 'bulimia tidur' iaitu tidur lewat setiap malam, kemudian menghabiskan hujung minggu dengan tidur sepuas-puasnya.

Selasa, 12 Julai 2011

SD II PROMOSI BULAN RAMADHAN

Testimoni SLIM DIET 2: Wan Masri Haida


Macam tak percaya, tapi itulah yg terjadi kepada saya apabila berat badan saya telah turun dari 75kg kepada 60kg selepas minum SD2 dalam masa 3 bulan sahaja. Yang paling best, saya menjalani program diet SD2 tanpa perlu berlapar. Jeans yang dulunya saiz 34 juga telah menurun kpd saiz 28. Selain itu, kulit saya juga menjadi semakin cerah dan halus kerana SD2 merupakan produk 100% berasaskan soya yg memang terbukti berkesan untuk kecantikan kulit. Terima kasih SD2. Disamping dapat menguruskan badan,saya juga dapat mencantikkan kulit..
Baru-baru ini saya balik Jb selama seminggu, pergi jumpa kawan-kawan dan saudara mara.. the best part is, semua orang terperanjat dengan penampilan terbaru saya yang jauh lebih kurus dari sebelum ni. Masing-masing sibuk bertanyakan rahsia macam mana aku boleh kurus. Hasilnya, 20 tin SD2 telah terjual kerana SD2 lah saya dapat bentuk badan saya macam zaman jadi stewardess dulu.. I love u sd2.. mmmuahhhh!!!
JADI APA TUNGGU-TUNGGU LAGI… ANDA NAK KURUS TAK SEBELUM HARI 
 RAYA….????

AMBIL KESEMPATAN MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN!!!

4 TIN SDII RM576

NOW: RM490 SAHAJA

INCLUDED;
4 TIN SDII
KEAHLIAN
SHAKER
POS

* SABAH SARAWAK ADD RM15

CERGAS DAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN !! PERLU CUBA!!

MINUM 1 1/2 SCOOP ALPHA LIPID+ 1 1/2 SCOOP K29 DI WAKTU SAHUR, INSYAALLAH ANDA TIDAK AKAN MERASA LAPAR DAN DAHAGA MALAH LEBIH CERGAS DISIANG HARI. MINUM SEPEKET SLEEP TIME SEBELUM TIDUR, GANDAAN KECERGASAN YANG BERTERUSAN!! YANG BEST LAGI BOLEH DIMINUM OLEH SETIAP AHLI KELUARGA, ANAK-ANAK, IBU MENGANDUNG, WARGA TUA DAN SEMUANYA!!

K29 RM144.00
ALPHA LIPID COLOSTRUM RM180.00

NAK LEBIH MURAH??? CUBA INI...


SIGN UP KEAHLIAN CUMA RM50.00 SHJ


Isnin, 11 Julai 2011

Umrah June 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru hari ini berkesempatan nak update blog...Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kami dapat pergi dan kembali daripada menunaikan Umrah dengan selamat. Memang pemergian kami itu adalah tidak disangka....kerana dalam berkira-kira, memikirkan pelbagai perkara yang bakal ditinggalkan di Malaysia disamping faktor kewangan, malahan saya juga mengandung, segalanya dikuathiri. Bukan tidak yakin dengan pertolongan Allah SWT, tetapi sebagai manusia yang serba kekurangan itu lah yang difikirkan. Tetapi kerana panggilan itu sememangnya telah tersurat untuk kami, akhirnya kami menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar di bumi Malaysia. Bisnes tetap berjalan, anak-anak  berada dalam keadaan baik....Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin...

Bercerita tentang keadaan saya disana, Alhamdulillah tiada apa kesukaran malahan saya rasa lebih kuat dan bertenaga. Alhamdulillah Allah mengizinkan untuk saya melakukan ibadat dengan baik. Sudah tentu saya tidak melupakan stok Alpha Lipid dan K29...sebagai menambah kekuatan dan kesihatan saya disana.

Rakan sebilik juga hairan melihat saya yang cukup kuat menjalankan ibadat Umrah, malah saya boleh naik turun tangga di tingkat 5 bilik hotel dengan selamba...Jadi secara tak lansung saya berkongsi dengannya rahsia Alpha Lipid dan K29 yang saya bawa. Percubaan pertama menyebabkan rakan tadi benar-benar teruja. Apa tidaknya, beliau terasa perubahan yang ketara...jadi teruslah saya kongsikan stok saya tadi dengan beliau.

Alhamdulillah...perkongsian itu benar-benar membawa makna...beliau tidak ragu-ragu membuat pesanan ketika kami tiba di KLIA...tak sempat pun sampai rumah lagi...Katanya, insyaAllah..beliau berminat untuk memulakan perniagaan dengan Alpha Lipid...beliau akan hubungi saya sedikit masa lagi...