Translate..

Sabtu, 12 Mac 2011

Alpha Lipid dan Leukemia

LEUKEMIA

TESTIMONI 1
(Dr blog En.Wan Hamidi)
Ahad lepas saya ke Kuala Selangor dan mendengar beberapa testimoni pengalaman pengguna Alpha Lipid Lifeline. Ada seorang makcik tampil sukarela ke depan menceritakan kisah anaknya yang berpenyakit Leukemia(kurang darah merah). Alhamdulillah sejak ambil Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan pagi untuk anaknya, anaknya begitu sihat sekali dan cerdas. Kalau dulu dah lama anaknya tidak boleh kayuh atau main basikal sebab tidak bermaya, tiada tenaga, tapi kini dah sihat dan bertenaga dan boleh bermain seperti kanak-kanak biasa! Power! Alhamdulillah memang produk ini JADI!

INFO LEUKIMIA/BLOOD CANCER:
Apa itu Leukemia?

Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Biasanya sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu dan sel-sel tidak matang dan berpecah secara berterusan dan ia adalah sebahagian dari kumpulan penyakit yang dipanggil Hematological Neoplasm . Perkataan Leukemia bererti darah putih, ianya diambil sempena nama penyakit, jumlah sel darah putih yang tinggi pada pesakit Leukemia sebelum rawatan. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel tidak normal dan tidak dapat berfungsi mengawal jangkitan dalam badan. Semasa penyakit ini terjadi ,ianya akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Apakah jenis - jenis Leukemia?

Leukemia boleh jadi akut (merebak dengan cepat) atau kronik (merebak perlahan). Pada kanak-kanak lebih kurang 95% adalah Leukemia Akut.

Leukemia lymphocytic akut juga dikenali sebagai ALL adalah yang paling biasa terdapat pada kanak-kanak.

Leukemia Myelogenous akut atau AML kebiasaannya terjadi di kalangan orang dewasa dari kanak-kanak.

Leukemia lymphocytic Chronic (CLL) biasanya berlaku di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 55 tahun. Ia juga boleh berlaku di kalangan remaja.

Leukemia myelogenous kronik (CML) biasanya berlaku pada orang dewasa sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak dikesan mengalami penyakit ini.

Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak. 1/3 dari kanak-kanak yang mengalami barah adalah dari jenis Leukemia.


Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?

Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.

Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia darah. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.

Lain-lain tanda dan gejala:

* Lemah dan letih lesu
* Kurang selera makan dan kurang berat badan
* Bengkak dan gusi berdarah
* Sakit kepala
* Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa
* Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan
* Sakit sendi
* Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan pembengkakan di muka dan pernafasan berbunyi


Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?

Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kejadian Leukemia terhadap seseorang.

Terdapat kaitan antara tempat kediaman dengan kawasan yang bervoltan tinggi dalam penyakit Leukemia ini tetapi tiada bukti yang kukuh diperoleh.

Faktor persekitaran umpamanya radiasi dan pendedahan yang kronik terhadap bahan kimia yang toksik seperti Benzene. Terdapat kebimbangan berkaitan kediaman yang berhampiran dengan kawasan yang membekalkan jana kuasa bervoltan tinggi dan boleh menyebabkan Leukemia, tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh.

Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.

Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dari kanak-kanak normal.

Immunodeficiency - Kanak-kanak yang mengalami penyakit mempunyai risiko yang tinggi mendapat malignancy lymphoid.

Sehingga kini sebab dan punca Leukemia belum di ketahui, kita tidak boleh mengelak dari mendapat penyakit.


Bagaimana Leukemia dirawat?

Kanak-kanak yang menerima rawatan barah akan di rawat oleh Pakar Onkologi kanak-kanak, iaitu doktor yang mempunyai kepakaran dalam perawatan kanak-kanak yang menghidap barah. Pakar Onkologi kanak-kanak akan merujuk kanak-kanak tersebut kepada sekumpulan doktor Pakar kanak-kanak yang berpengalaman dalam bidang perubatan seperti berikut:

* Hematologi/Pakar kajian darah
* Pakar pembedahan kanak-kanak
* Radiation onkologi
* Pakar Endokrin
* Pakar saraf
* Radiologi
* Pekerja sosial
* Pakar Pemulihan
* Pakar psikologi

3 jenis rawatan yang biasa digunakan:

* Kemoterapi
* Terapi radiasi
* Kombinasi pemindahan sel stem (dalam AML dan risiko tinggi ALL atau berulang semula- ALL)

Rawatan ALL di kalangan kanak-kanak dilakukan mengikut peringkat seperti berikut:

* Terapi Induksi : Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya untuk membunuh sel Leukemia di dalam darah dan sum-sum tulang. Ini akan mengurangkan kesakitan
* Terapi Konsolidasi / pengukuhan : Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam tahap penyembuhan. Tujuan terapi ini untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin tidak berapa aktif tetapi boleh merebak semula.
* Terapi yang berterusan (maintenance theraphy): fasa ke 3 rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin hidup dan menyebabkan penyakit berulang semula. Biasanya rawatan barah diberi dalam dos yang rendah daripada dos untuk induksi dan Terapi Konsolidasi / pengukuhan

Pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting. Kesan sampingan boleh berlaku akibat dari rawatan jangka panjang. Terapi radiasi ke atas kepala boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku.


Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?

ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.
KERATAN AKHBAR

KOTA BAHARU, 24 Dis 2008(Bernama) -- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesan dan merawat 70 peratus daripada purata 60 kes baru yang dirujuk di hospital itu adalah pesakit leukimia di kalangan kanak-kanak.

Pakar Kanak-Kanak Jabatan Pediatrik HUSM, Dr Ariffin Nasir berkata, Unit Pediatrik Haematologi dan Onkologi di jabatan itu merawat 20 hingga 40 pesakit leukimia setiap tahun manakala selebihnya merupakan pesakit kanser organ, kalenjar, tulang, mata dan saraf.

"Leukimia atau barah darah dirawat mengikut tahap penyakit ketika dikesan, jika masih pada peringkat awal peluang untuk sembuh lebih tinggi selepas mendapat rawatan di sini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Tahunan Pesakit Kanak-Kanak Onkologi HUSM 2008 di sini, Rabu.

Beliau berkata, perjumpaan yang diadakan dua kali setahun sejak 10 tahun lalu itu bertujuan berkongsi pengalaman bekas pesakit untuk memberi motivasi dan semangat kepada pesakit lain yang masih meneruskan rawatan.

"Pertemuan seumpama ini akan mengeratkan hubungan antara bekas pesakit dengan pesakit yang memerlukan kekuatan untuk menghadapi saat-saat berhadapan dengan rawatan terutama selepas menerima kimoterapi.

Dr Ariffin berkata perasaan yang sama turut dikongsi bersama ibu bapa yang selama ini merupakan individu yang paling dekat dengan pesakit dan menghabiskan masa bersama di rumah dan di hospital.

Beliau berkata, leukimia terbahagi kepada dua iaitu, Acute Lymphoblastic leukaemia (ALL) dan Acute Myeloblastic Leukaemia (AML) yang kedua-duanya berkait dengan masalah sel darah putih.

Menurutnya, di peringkat awal, pesakit akan mengalami demam secara berulang dalam tempoh yang panjang, kulit bertukar pucat dan sakit di bahagian sendi manakala dalam sesetengah kes, bahagian abdomen pesakit menjadi besar kerana hati dan limpa membengkak.

"Selepas menjalani dianogsis dengan mengambil sedikit sel tulang sumsum, barulah pesakit disahkan menghidap leukimia atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata HUSM menjadi pusat rujukan rawatan kanser kanak-kanak di Pantai Timur sejak 10 tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan