Translate..

Isnin, 7 Mac 2011

KOLESTROL

Welcome

NZ New Image SDN BHD
A-20-1 to A-20-2 Tower A, Northpoint Offices
Mid Valley City, No 1 Medan Syed Putra Utara
Kuala Lumpur, 59200, Malaysia
Phone: +60 3 2035 9999
Fax: +60 3 2035 9800
Email:mysupport@newimageasia.com



1992,2003 & 2004                            top 100 ds company



Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan:


Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.

Utusan Malaysia
 

Isnin, 03/05/2010
 

Jantung bermasalah punca letih
JIKA anda selalu berasa letih, kemungkinan besar jantung anda tidak memperolehi 'bahan bakar' yang diperlukan untuk menjadi sihat dan kuat. Bahan bakar ini ialah Koenzim Q10 (CoQ10). Ia adalah penting untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Saintis mendapati jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding organ lain dalam badan. Ini kerana jantung adalah organ yang paling kuat bekerja dan ia berdegup sebanyak kira-kira 100,000 kali sehari. Tiada satu pun degupan itu boleh berlaku tanpa tenaga. Oleh kerana jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti, ia memerlukan tenaga yang amat banyak secara berterusan
Di peringkat sel, tenaga dikeluarkan dalam mitokondria ('janakuasa') dan kerana jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja, ia kaya dengan mitokondria yang menjana tenaga (sehingga sebanyak 5,000 pada setiap sel), lebih banyak daripada apa yang dijumpai dalam mana-mana tisu lain. Lebih banyak mitokondria yang ada dalam sel, maka lebih banyak tenaga ia boleh keluarkan. Oleh kerana CoQ10 itu penting untuk pengeluaran tenaga dalam mitokondria, maka tidaklah hairan jika jantung itu mengandungi berlipat ganda banyaknya CoQ10 berbanding mana-mana organ lain.
Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila semakin tua, kita mengeluarkan semakin sedikit CoQ10.
Manfaat CoQ10 kepada jantung kini diterima umum oleh doktor. Beberapa kajian menunjukkan pembaikan yang konsisten dalam fungsi jantung bagi mereka yang mengambil CoQ10. Oleh kerana CoQ10 it begitu perlu untuk pengeluaran tenaga, sekiranya terdapat kekurangan maka sudah tentu ia akan menjejaskan fungsi jantung - ini belum lagi mengambil kira organ-organ lain.

Koenzim Q10 - Sebagai anti oksida yang berkesan
CoQ10 wujud di mitokondria, iaitu tempat di mana radikal bebas dijanakan. Sebagai sejenis anti oksida yang berkesan, CoQ10 telah terbukti dapat mencegah kerosakan mitokondria, dengan itu memelihara dan melindungi sistem tenaga kita.
CoQ10 - Untuk mencegah oksida kolesterol LDL
Penyelidikan telah memutuskan bahawa bukan semua kolesterol itu tidak berfaedah. Lipoprotein berdensiti rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat' manakala Lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) ialah 'kolesterol baik'. Lebih tinggi HDL adalah lebih baik. Sebenarnya, kolesterol LDL secara bersendirian tidak menjadi masalah, ia menjadi masalah hanya apabila ia dioksidasikan oleh radikal bebas. LDL yang dioksidasikan ini yang menimbun di dalam arteri kita serta membantu membina plak-plak, merupakan ciri pengerasan arteri.
Dalam aliran darah, CoQ10 diangkut oleh LDL. CoQ10 melindungi LDL daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Kajian mendapati lebih banyak CoQ10 yang terkandung dalam kolesterol LDL, maka lebih berkurangan kerentanannya terhadap pengoksidaan dan juga semakin kurang kemungkinannya untuk membentuk plak yang menyumbat arteri.
Vitamin E juga ialah sejenis anti oksida yang membantu melindungi pengoksidaan LDL. Sehubungan ini, CoQ10 memainkan peranan penting untuk membantu badan anda menyimpan lebih banyak vitamin E dalam aliran darah anda dengan hanya mengitar semula vitamin E supaya badan anda dapat menggunakannya secara berulang-ulang. Melindungi LDL daripada pengoksidaan merupakan suatu langkah yang amat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.
Hubungan CoQ10 dan Statin (Kumpulan Ubat untuk Menurunkan Kolesterol)
Statin (juga dikenali sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor) sudah dianggap sebagai sejenis ubat yang berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan kolesterol secara mendadak tetapi juga mengurangkan risiko serangan jantung. Statin menghalang sintesis kolesterol dengan menyekat enzim HMG-CoA Reductase. Namun demikian, kesan ini juga menghalang pengeluaran CoQ10. Sejak tahun 1990, terdapat banyak kajian yang melibatkan manusia untuk menilai kesan statin dan CoQ10. Kajian-kajian ini mendapati penurunan ketara pada paras CoQ10 dalam jantung, otot rangka dan tisu hati selepas rawatan dengan ubat-ubat statin, terutama sekali apabila ubat-ubat ini diambil dengan dos yang tinggi.
Menurut seorang pakar jantung Peter Langsjoen, "Semua statin akan menyusutkan konsentrasi Q10 dikedua-dua paras darah dan paras selular." Dos yang lebih tinggi akan menyebabkan kesusutan CoQ10 yang lebih besar. Masalahnya ialah penyusutan ini berlaku secara perlahan sepanjang beberapa tahun, menyebabkan sukar untuk kita menyalahkan sesuatu kesan yang buruk tiga tahun kemudian (misalnya) kepada pengambilan statin. Penyusutan ini adalah amat bahaya bagi golongan tua, kerana apabila kita semakin tua paras CoQ10 kita menjadi semakin berkurangan.
Antara ubat Statin yang terdapat di pasaran Malaysia ialah: Lovastatin, Pravastatin, Simvastatin, Fluvastatin dan Atorvastatin (Sumber: MIMS Malaysia, Edisi ke 97, 2004).
Kajian menunjukkan penyusutan CoQ10 akibat daripada penggunaan statin boleh dicegah dengan mengambil suplemen. Lagipun, pengambilan suplemen CoQ10 tidak menjejaskan keupayaan statin untuk menurunkan kolesterol. Menurut Langsjoen, menggabungkan CoQ10 dengan statin bukan sahaja dapat mencegah penyusutan CoQ10, tetapi juga mungkin boleh meningkatkan keberkesanan ubat statin dengan mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol 'jahat'). Kesimpulannya: Statin adalah berkesan untuk menurunkan kolesterol. Walau bagaimanapun, jika anda sedang mengambil statin atau berhajat untuk mengambilnya, bincangkan dengan doktor anda tentang pengambilan suplemen CoQ10 bersamanya.
Mengambil suplemen CoQ10 larut air
Suplemen CoQ10 bukan sahaja untuk mereka yang mengambil ubat statin. Ahli kardiologi Dr. Langsjoen telah memberi suplemen CoQ10 kepada beribu-ribu pesakit, dan beliau berpendapat kita tidak sepatutnya menunggu sehingga kita mengalami masalah jantung barulah hendak mengambil CoQ10. Beliau percaya mengambil CoQ10 bermula dari pertengahan umur (apabila kemerosotan CoQ10 bermula), akan memberi kesan perlindungan kepada mitokondria jantung dan membantu memelihara fungsi jantung.

3 ulasan:

  1. SHARE WITH YOU...

    http://www.bcm.edu/cnrc/caloriesneed.htm

    BalasPadam
  2. all in one, one for all
    "..world best colostrum..Breakfast Drink For The Smart People"

    BalasPadam
  3. Hiperkolesterolemia

    Objektif Pengurusan Pemakanan :

    * Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
    * Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung

    3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol

    1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
    2. Kurangkan pengambilan lemak
    3. Tingkatkan pengambilan serat

    1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

    * Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
    * Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
    * Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
    * Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .
    * Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik.

    2. Kurangkan Pengambilan Lemak

    * Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
    * Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
    * Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
    * Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
    * Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia

    3. Tingkatkan Pengambilan Serat

    * Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
    * Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

    Jenis-jenis lemak

    Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

    Lemak Tepu

    * Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
    * Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
    * Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Lemak Tidak Tepu

    * Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
    * Kebiasaanya daripada tumbuhan

    Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :

    * Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
    * Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.

    Nama lain bagi lemak - trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling, cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat ( lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.

    BalasPadam