Translate..

Rabu, 2 Mac 2011

Diet dengan SD II

Amalan Harian Semasa Diet Dengan SDII

AMALAN HARIAN SDII UTK MEMPERTINGKATKAN PEMBAKARAN LEMAK
  1. Minum air kosong atau air mineral sekurang-kurangnya 2 litre sehari. Tambah minuman anda dengan meminum teh hijau atau teh herba yang sudah dinyah keffein dan tanpa gula.
  2. Jangan biarkan diri anda berlapar ketika berdiet. Berlapar hanya akan merendahkan metabolism anda dan melambatkan pembakaran lemak.
  3. Lakukan ujian air kencing dengan Keto sticks setiap hari untuk mempastikan pemakanan anda sudah betul mengikut keperluan berdiet. Dapatkan warna pink setiap hari untuk penurunan berat badan yang lebih banyak.
  4. Jalanilah cara hidup yang aktif seperti mengamalkan menggunakan tangga dari menaiki lift bagi tingkat yang rendah atau parkir kenderaan di tempat yang jauh supaya anda boleh beriadah secara tidak langsung. Jika mampu bersenamlah selama 30 minit setiap hari untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Pilihlah senaman aerobic yang mempercepatkan dengup jantung anda (cardio exercise) seperti berjongging atau berbasikal.
  5. Amalkan pengambilan 2 sudu teh cuka apple (Apple Cider Vinegar) setiap hari supaya pembakaran lemak dibadan dapat ditingkatkan.
  6. Ambil 4 sudu teh minyak “cold pressed” seperti minyak zaitun setiap hari. Boleh tambahkan dengan mengambil 2 biji kapsul Flaxseed Oil atau lain-lain minyak/lemak didalam ketegori asid lemak yang diperlukan (Essential Fatty Acids).
  7. Ambil FiberMax atau serat makanan sebanyak 1 sudu besar kedalam segelas air kosong dan minum sebelum setiap kali kita makan. Ianya melawaskan pembuangan air besar dan juga membantu penurunan berat badan.

PROGRAM PELANSINGAN SLIM DIET II (SDII) Diet yang paling pantas, paling berjaya dan kekal selamanya.


Memperkenalkan kepada anda diet hebat, lebih pantas dan paling berjaya di dunia iaitu Slim Diet II diet ketogenic atau lebih dikenali Protein Sparing Modifed fast. Semenjak tahun 1970an lagi diet ini kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. Melalui low-fat diet dan exercise, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan.

Sama seperti yang program diet atau slim yang berleluasa sekarang diet counting calorie, pergi ke pusat slim, sedut lemak, treatment dan sebagainya.Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Kajian mengenai low carbohydrate diet mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Ada yang sudah ketahui diet atkins atau diet dukan iaitu dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi.

Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Tapi diet seperti ini jika tidak mengambil makanan yang betul dan brkhasiat mungkin akan menjejaskan kesihatan anda. Slim Diet II adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci oleh Dr George Cahill dan Dr George Blackburn.

Slim Diet II adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. Slim Diet II juga bukanlah ‘meal replacement’ dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah ‘meal supplement’ dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi. Dengan Slim Diet II anda boleh menurunkan berat badan secara sihat semulajadi, pantas serta berkesan.

Contoh cara pemakanan semasa program diet Slim Diet II (SDII):

Elakkan (tidak boleh di ambil semasa diet SDII):

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, minuman bercaffein (kopi, teh) air bergas, (coke, pepsi, 100plus, etc)
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
10) Pendek kata elakkan yang makanan berkarbohidrat.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Seafood contoh udang, ketam, sotong - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. kecuali kerang- Mollusks, oyster (karbohidrat tinggi)
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral - minum 8 gelas atau lebih sehari.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... (Tapi berpada-pada jangan melebihi 35g karbohidrat sehari, mayonis, sos juga ada karbohidrat tau)
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... (berpada-pada jugak ye)
10.) Tak perlu makan supplement lain, SDII sudah lengkap dengan vitamin untuk keperluan harian anda. Ubat boleh makan seperti biasa.
Minum 4 liter air sehari.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = KarbohidratJangan lebih drp 35 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Baca info makanan (nutrition facts)
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 1-7 hari, anda boleh lihat hasilnya. Keputusan yang jelas, diet dan guna SDII selama 2 minggu.. Diet ini memotivasikan anda. Anda akan cantik selama-lamanya. Lebih cepat jika anda tambahkan exercise.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan